Assalamuálaykum,

Hari ini kami ingin bercerita mengenai ejen hartanah bangi iaitu saudara Erman Taib.  Kami secara peribadi mengenali beliau dari rakan sekerja kami sewaktu kami belum memulakan bisnes sendiri. Secara ringkas beliau adalah seorang yang amanah. 

Tuan/puan boleh lihat senarai rumah yang diuruskan oleh beliau di http://thehartanah.com. Beliau mula berkecimpung dalam dunia hartanah sejak tahun 2008 melalui syarikat ayah beliau iaitu TARAS SDN BHD. 

TARAS SDN BHD menjalankan bisnes beli & jual/sewa hartanah. Ia lebih kepada pelaburan hartanah. Walaubagaimanapun, urusan sebagai agen hartanah adalah dilakukan dibawah nama RESCOM. Beliau telah berdaftar sebagai agen hartanah RESCOM dengan no pendaftaran E10244.

Setakat yang kami tahu, beliau telah menguruskan 76 buah rumah untuk dijual. Beliau juga pernah menguruskan pembelian bangunan 3 tingkat di Paragont Point, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

InsyaAllah dengan pengalaman yang diperolehi, ia dapat membantu menjual rumah anda.

Jika anda mempunyai rumah untuk dijual, anda boleh lantik beliau sebagai ejen hartanah untuk bantu menjualkan rumah bagi pihak anda. InsyaAllah rumah anda dapat dijual.

Beliau boleh dihubungi di 012-2172004. Erman Taib

 

Leave a Reply