Gambar sekadar hiasan

Secara asal, Vtiger akan tetapkan nilai PHP_SAPI kepada “cli”.  Masalahnya, bukan semua pelayan menggunakan PHP CLI. Kebiasaan menggunakan Apache2Handler.

Oleh itu kita perlu tukar secara manual. Ikuti langkah seterusnya bagaimana untuk tukar.

Ketahui jenis PHP_SAPI anda terlebih dahulu. Login ke dalam FTP anda dan bina satu fail “scanSAPI.php” di dalam root Vtiger anda terlebih dahulu.

Di dalam fail tersebut anda letakkan kod

echo PHP_SAPI;

Buka file melalui URL browser anda. Contohnya http://vtigerdomain.com/phpSAPI.php. Lihat apa hasil yang keluar daripada kod tersebut.

Salin kod tersebut dan tampal di /vtigercron.php anda pada baris 42. Lihat contoh seperti di dalam gambar di bawah

Tukan nilai PHP SAPI

Setelah anda tukar, anda boleh periksa samaada berjaya atau tidak dengan melayari http://vtigerdomain/vtigercron.php anda.

Jika keluar hasil lebih kurang macam ini bererti anda berjaya.

%d bloggers like this: