* Mereka juga menawarkan peluang menjadi agen dropship secara percuma. Rebut peluang ini ?

Hari ini terdetik hati untuk mempromosikan sikit kedai online pakaian kanak-kanak dan bayi jiran saya iaitu groboc.com.my

Kalau tak silap saya groboc ni maksudnya adalah almari di dalam dialek pantai timur. Kalau salah tolong betulkan ye ?

Apa yang dijual?

Bila saya tengok secara kasar di website mereka, saya dapati majoriti produk mereka Periksa adalah pakaian kanak-kanak, bayi, mainan dan barang hiasan. Ada sebahagian kecil menjual pakaian wanita.

Kualiti

Dari sudut kualiti, kualiti produk mereka sama seperti di supermarket besar contohnya SOGO. Cuma bezanya mereka menjual secara online dan tidak mempunyai gedung  pakaian sendiri lagi. Perniagaan mereka boleh  dikategorikan jenis SOHO (Small Office Home Office) iaitu menjual secara online dari rumah.

Pemilik Kedai

Alhamdulillah, pemiliknya adalah orang yang beriman dan rajin ke surau/masjid. InsyaAllah segala urusan ditanggung jauh dari unsur-unsur penyelewengan. Saya nak lampirkan gambar beliau risau beliau tidak izinkan ?

Cara Pembayaran

Setakat ini, mereka menerima pembayaran ke bank tempatan di Maybank, Hong Leong Bank dan BSN

Mereka juga menerima pembayaran melalui kad kredit/debit menerusi payPal

Bagaimana untuk menghubungi mereka?

Mereka boleh dihubungi melalui talian mudah alih, SMS, WhatsApp di 016-9988-745 atau email di sales@groboc.com.my

Boleh juga hantar mesej ke facebook fanpage mereka di https://www.facebook.com/duniafashion77

Kedai Online Pakaian Bayi & Kanak-Kanak | Groboc.com.my

4 Comments

Leave a Reply