Sudah menjadi sasaran untuk mana-mana perniaga online untuk mendapat rank 1 mengikut keyword yang disasarkan. Walaubagaimanapun bukan mudah kerana kita sentiasa ada persaing yang juga ingin mencapai sasaran no 1. Sedikit sebanyak saya kongsikan bagaimana saya dapat no 1 untuk keyword tersebut.

1. Daftar ke dalam Google Maps

Saya dapati selepas saya mendaftar di dalam google maps, setiap kali pelawat mencari keyword tersebut, peta lokasi kepada pejabat saya keluar paling atas sekali. Memudahkan untuk pelawat untuk klik kepada laman web saya. Lama kelamaan, rank website saya semakin meningkat dari semasa ke semasa

2. Sentiasa update website

Kebiasaan untuk pemulaan, saya sentiasa update website seminggu sekali. Google setiap minggu akan melawat website kita untuk mencari update yang terkini. Jika setiap minggu google dapat tahu website kita sentiasa dikemaskini, sistem google akan menilai website kita sebagai website yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, rank kita akan meningkat dari semasa ke semasa. Google sentiasa utamakan website yang memberi info yang berkualiti dan terkini

3. Lebih sedikit daripada website persaing

Untuk berlawan dari segi kecantikkan, mungkin kita tidak dapat bersaing dengan persaingan kita. Tetapi persaing kita mungkin lemah dari segi mengemaskini website secara konsisten. Pada mulanya website saya berada di bawah sekali di page pertama. Lama kelamaan rank saya semakin naik dan dapat no 1. Saya dapati saya menang berbanding pesaing dari segi mengemaskini website secara konsisten. Kebarangkalian pesaing saya sudah berada di zon selesa ketika mereka masih di rank no 1 dan kurang mengemaskini laman web.

4. Tulis banyak artikel panduan

Kebanyakan artikel yang dibaca di laman web saya adalah berkaitan dengan artikel mengenai “How To Do”. Saya berpendapat bahawa kebanyakkan pengguna internet mencari/membaca info-info yang membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka. Walaubagaimanapun artikel mengenai hiburan adalah yang paling tinggi dibaca oleh pengguna Internet.

5. Belajar menerima ketidaksempurnaan

Sebelum mendapat rank no 1, kemungkinan besar kita masih tidak pandai untuk menulis. Mungkin penulisan kita tidak sehebat penulisan pemasaran website lain yang lebih matang berbanding kita. Walaubagaimanapun, kita tulis sahaja apa sahaja yang terlintas. Lupakan pasal imej dan kesempurnaan. Kadang-kala kesempurnaan itu menghalang kita untuk memulakan/menanguhkan sesuatu dan terus meningalkannya. Selepas kita telah menulis 1000 artikel, saya pasti kita akan jadi lebih mahir dari sebelumnya dan penulisan kita akan mula membuahkan hasil

Leave a Reply