Memudahkan pekerja anda buat sebut harga atau invois

Anda hanya perlu kawal harga produk @ servis yang anda tawarkan. Untuk setiap produk anda boleh tetapkan beberapa harga yang berbeza untuk situasi yang berbeza. Pekerja anda hanya perlu memilih sahaja mengikut keperluan pelanggan anda. Contoh bentuk invois ada di bawah

Segala butiran pelanggan anda ada di dalam sistem

Jika pekerja anda lari atau berhenti kerja, anda tidak perlu bimbang jika butiran pelanggan anda hilang. Sistuasi paling buruk adalah pejabat anda dipecah masuk dan segala data anda dalam komputer hilang.

vtiger-contact

vtiger-contact

Pelanggan anda boleh hantar aduan dan setiap aduan akan disimpan di dalam sistem

Aduan pelanggan amat penting dan setiap masalah yang dihadapi oleh pelanggan mesti diselesaikan secepat mungkin. Jika lambat & tidak diuruskan dengan baik, ia akan memberi impak negatif kepada perniagaan anda dalam jangka masa yang panjang

vtiger-ticket

Hantar kempen emel atau SMS serentak ke seluruh pelanggan sedia ada

Memudahkan anda untuk buat promosi produk/servis baru kepada pelanggan sedia ada anda. Menjual produk baru kepada pelanggan sedia ada lebih mudah daripada menjual kepada pelanggan baru. Secara tidak langsung meningkatkan jualan anda.

Laporan dari pelbagai sudut

Anda boleh menghasilkan laporan untuk

  • Jualan, Sebut Harga, Purchase Order & Sales Order
  • Produk & Servis
  • Aktiviti pekerja anda mengikut hari,bulan & tahun. Memudahkan anda untuk ‘reward’ mereka yang banyak menyumbang kepada syarikat
  • Laporan prestasi pemasaran anda. Anda boleh lihat keberkesanan vs kos pemasaran anda
vtiger-report-quotes

vtiger-report-quotes

Kesimpulan

Banyak lagi sistem ini boleh bantu anda. Kami senaraikan 5 fungsi besar yang dapat memberi impak besar kepada perniagaan anda

Anda mungkin berminat untuk tahu

19 Kelebihan laman web WordPress

%d bloggers like this: