Assalamuálaykum,

Hari ini kami ingin kongsikan pengalaman kami berurusan dengan salah seorang pelanggan

Kami membekalkan cartridge printer untuk pelanggan kami. Harga yang kami tawarkan adalah RM150. Nak dijadikan suatu hari ada pembekal lain yang datang mengatakan apa yang kami tawarkan adalah mahal dari sepatutnya. Pembekal lain tawar dengan harga lebih murah iaitu harga RM120

Tindakan mereka membuatkan pelanggan kami merasakan kami menipu mereka. Akhirnya mereka pun bertukar pembekal kepada pembekal yang baru.

Nak tahu apa yang berlaku? Mereka menempah catridge printer dengan harga RM120 dan barang itu sampai selepas 2 minggu. Manakala dengan kami barang tersebut sampai paling lambat dalam masa 3 hari.

Harga yang mahal bukan bererti suatu penipuan. Banyak faktor yang mempengaruhi harga. Jika anda baru mula berniaga. Anda bakal menghadapi situasi seperti diatas. Ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam perniagaan di mana perniaga lain akan cuba overtake anda. Overtake dengan cara yang baik adalah dialu-alukan, cuma dengan cara menjatuhkan ini adalah kurang selesa.

Walaubagaimanapun, rezeki Allah itu luas, banyak lagi pelanggan lain yang bakal digantikan. InshaAllah.

Stay strong 🙂

Leave a Reply