Assalamuálaykum,
Haha, ini penyakit yang banyak terkena dekat pelanggan. Barang nak cepat, bayar lambat. Kepada yang baru mula nak berniaga dalam bidang servis, pastikan anda ambil deposit sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah harga jualan.
Ini bagi memastikan operasi anda berjalan dengan lancar dan juga memastikan pelanggan itu betul-betul ingin berurusan dengan anda. Jika tiada deposit, pelanggan boleh lari begitu sahaja dengan bermacam-macam alasan. Manusia akan berubah bila urusan itu melibatkan duit.
Bab ini memang ujian, anda buat bermacam-macam teknik untuk kurangkan masalah ini. Masalah ini masih timbul. Walaupun pelanggan anda adalah kaya raya. Kalau tak sebab masalah duit, masalah birokrasi. Nak keluar duit, banyak laluan kena lalu.
Dari proses
- Staff maklum kepada ketua jabatan
- Ketua jabatan minta bajet dari pengarah
- Pengarah arahkan akaun keluar duit
- Kena dapat tandatangan pengarah, lebih dari satu kebiasaannya
- Bahagian akaun siapkan segala dokumen yang berkaitan dan hubungi kita.
Barulah duit itu sampai ke tangan kita. Banyak laluan yang nak kena lalu 🙂
Walaubagaimanapun, kita ada Allah yang boleh memudahkan segala urusan di atas. Doa banyak-banyak kepada Allah. InshaAllah dipermudahkan