Assalamuálaykum,

Kebanyakkan staff akan dibebani dengan kerja yang berbagai jenis dalam sesuatu masa. Kadang-kala dapat tugasan yang tiada kena mengena dengan skala kerja. Perkara ini biasa berlaku kepada staff yang kurang keyakinan untuk berunding supaya beban kerja itu kurang.

Nak tak nak kena usaha untuk kurangkan tugasan. Kami sarankan untuk lakukan seperti dibawah;

  1. Berdoa kepada Allah untuk kurangkan beban.
  2. Mengadu kepada orang lebih atas dari orang yang memberi tugasan. Mungkin akan berlaku sedikit konflik. Nak tak nak, kena rempuh dengan segala cabaran yang bakal timbul. Risiko sentiasa ada dalam menegak keadilan.
  3. Senaraikan beban kerja yang sedia ada dan senaraikan tempoh waktu yang diperlukan untuk setiap urusan dan jelaskan kepada orang yang memberi tugas bahawa tugasan tambahan adalah mustahil untuk dilakukan dalam tempoh masa yang diberikan.
  4. Minta tugasan diberikan kepada parti luar (out-source).
  5. Menolak tugasan yang diberikan.
  6. Katakan sibuk dan berikan senarai tugasan yang perlu diselesaikan.

Beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan dapat tugasan. Kita mampu usaha sahaja dan selebihnya berserah kepada Allah.

Leave a Reply