Assalamu’alaykum,

Kami telah menjalankan beberapa kelas mengajar Web Design dan kami dapati cara paling berkesan untuk kita mempelajari sesuatu adalah melalui latihan praktikal. Melalui latihan, baru kita benar-benar mempelajari sesuatu.

Mendengar hanya mampu memberi sedikit gambaran kepada kita atau sekadar rakaman untuk rujukan kita. Oleh itu jika kita betul-betul ingin melakukan sesuatu perkara contohnya seperti berniaga, cuba dapatkan latihan atau pengalaman secara praktikal sebanyak yang mungkin. Ia lebih banyak membantu daripada kita hanya mendengar atau membaca sahaja.

Apabila melakukan, kita akan dapat ilmu yang “realistik” dan keyakinan kita lebih kuat. Jangan takut akan kegagalan, anda pasti akan melalui kegagalan.

Kesimpulannya, dalam proses kita mempelajari sesuatu, cuba seimbangkan antara teori & praktikal. InsyaAllah selepas kita mempunyai ilmu, ia akan membantu kita untuk mendapatkan lebih rezeki

Leave a Reply