Bermain Permainan Video

Bermain games merupakan perkara paling serius yang menyebabkan anda ketagihan dan kurang produktif dalam karier anda sebagai “businessman”

Bekerja Di Rumah

Kepada yang berniaga sendiri tetapi tiada pejabat. Anda digalakkan untuk mengelakkan diri daripada bekerja dari rumah memandangkan di rumah banyak ganguan yang boleh menyebabkan anda kurang memberi tumpuan pada kerja. Sedikit sebanyak ia juga mampu mengurangkan produktiviti anda. Bagi yang sudah berkahwin lebih kuat ganguan di rumah berbanding di pejabat.

Solusi terbaik anda boleh buat kerja di kedai yang mempunyai Wifi dan sumber elektrik yang boleh digunakan.

Perfectionist @ High Standard

Satu tabiat yang jika disalah guna amat memberi kesan kepada produktiviti. Anda sebagai perniaga solo, kita perlu sedar keupayaan kita. Walaupun kita tahu, standard yang terbaik adalah seperti bagaimana syarikat yang besar buat contohya syarikat “Apple”, kita perlu kawal diri kita supaya tidak terlalu banyak buang masa untuk menghasilkan produk yang “perfect”. Produk yang “perfect” pasti akan mengambil masa yang lebih panjang berbanding menghasilkan sesuatu yang dipertengahan dan sasaran produk yang perfect adalah golongan elit.

Jika sasaran pemasaran anda adalah golongan sederhana, hasilkan produk yang dipertengahan dan sesuai dengan kos dan harga jualan sasaran pemasaran.

Fokus kepada perkara yang kurang utama

Apabila kita berniaga solo, kita perlu ingat bahawa 3 aspek utama yang perlu difokus adalah, menghasilkan produk yang kena dengan kehendak pelanggan, pemasaran yang fokus kepada sasaran produk dan sokongan selepas jualan yang mantap. Kurangkan fokus kepada bahagian pengurusan, penjenamaan dan perancangan.

Kurang melabur dalam peralatan

Ada masa kita perlu keluarkan sedikit belanja untuk membeli peralatan supaya kita boleh menghasilkan produk dengan lebih cepat dan pantas. Contohnya jika kita menghasilkan kuih karipap, jika dapat mesin yang lebih besar untuk bantu kita menghasilkan “dough” tepung. Lagi banyak kita boleh hasilkan, lebih banyak kita boleh jual.

Lagi besar penghasilan kuantiti produk kita, biasanya kita boleh turun harga dan lebih mudah untuk bersaing dalam pasaran.

Leave a Reply