mgfjsjkhighwaycase01

#1. Menjaminkan pulangan yang tinggi.

Kebiasaannya pulangan yang diberi lebih dari pulangan normal (enam peratus, misalnya). Contohnya, ada satu scam menjaminkan pulangan 20 peratus hingga 30 peratus.

Malah pulangan setinggi itu adalah pulangan bulanan!

Jangan terperangkap dengan ‘mantra’ high risk, high return. Sebab itu ramai melabur minima RM10,000. Ada juga melabur sehingga berjuta-juta.

#2. Memfokuskan hanya pada rekrut / downlines.

Apabila berniaga samada servis atau barang, sudah pasti barang atau servis itu elemen utama. Mencari keuntungan dengan mencari jualan.

Kebanyak skim atau scam ini, fokus hanya dengan rekrut. Biasanya akan dengar ayat ini: “Kau cari dua orang / tiga orang, kau dah boleh lepak. Boleh goyang kaki!”

Biasanya mereka akan melukis seolah-olah piramid. Jadi berhati-hati bila muncul rajah piramid atau mereka kerap menggunakan ayat ‘cari downline’.

#3. Tawaran masa untuk melabur adalah terhad.

“Kau kena invest hari ini, sebab bulan ini je terakhir boleh invest.

Kebanyakan pelaburan dibenarkan tiada limit masa. Anda boleh melabur bila-bila masa; hari ini, esok atau tahun depan sekalipun.

Oleh itu, scammer mahu cepat mengambil duit anda dengan menggunakan psikologi. “Anda patut ambil hari ini, ini peluang anda seumur hidup!”

Dan… Itu peluang seumur hidup anda ditipu.

#4. Menawarkan ganjaran seperti hadiah-hadiah yang mahal atau kereta mewah.

Hari ini mungkin susah nak ‘detect’ scam jenis begini. Tapi begitu banyak dahulu.

Anda dihubungi dengan mengatakan bahawa anda telah mendapat cabutan bertuah. Lalu, anda diminta untuk mendepositkan wang baru dapatkan barang tersebut.

Tunggu punya tunggu, tiada!

#5. Panggilan Telefon atau SMS dari sumber tidak pasti.

Ini berlaku apabila anda menerima SMS atau panggilan mengajak anda melakukan pelaburan. Nilai pelaburan pula dalam matawang asing.

Mereka akan memberitahu apa nama syarikat yang mereka berada. Tetapi sebenarnya syarikat itu tidak wujud pun. Apabila anda tanya mana dapat nombor, mereka tidak mahu memberitahu atau kata sumber diragui.

#6. Untung besar, tiada risiko.

Apabila bercakap pasal pelaburan, anda kena tahu mengenai risiko pelaburan. Seperti yang saya kata di atas, high return high risk.

Sudah pasti ini adalah scam yang terang.

Untuk mengelakkan perkara begini, pastikan ada propektus dan laporan kewangan. Setiap pelaburan yang sahih perlu ada dokumen begini.

#7. Susah mendapatkan info syarikat.

Syarikat Tenaga Nasional Berhad dan Axiata adalah syarikat yang boleh dilabur kerana syarikat itu dikenal dan anda tahu lokasinya.

Scam begini suka menggunakan profil syarikat yang dibangunkan di luar negara. Juga meletakkan professional seperti doktor atau orang terkenal. Ada juga menggunakan gelaran datuk.

Terbaik, sentiasa tanya kalau syarikat yang menawarkan pelaburan itu meragukan diri anda.

#8. Melibatkan pelaburan negara.

Scam hari ini bukan melibatkan ejen tempatan sahaja. Malah melibatkan luar negara.

Misalnya, pelaburan hotel di tanah suci Mekah. Pelaburan rumah di Australia atau pelaburan emas di Thailand. Berhati-hati!

Leave a Reply