Beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum mula mengikuti panduan ini.

  • Servis laman web adalah di port 80
  • Panduan ini menggunakan router model ASUS
  • Anda mempunyai pakei IP tetap ( fixed IP )
  • Anda boleh memasuki rangkaian (network) secara tempatan (local). Dengan kata lain anda berada di rumah atau pejabat anda dan bukan di luar kawasan.
  • Anda tahu alamat IP router anda
  • Anda tidak mempunyai Firewall. Jika anda mempunyai Firewall, anda perlu ubah tetapan di sana terlebih dahulu

Mula-mula sekali layari bahagian admin router anda. Kebiasaan alamat IP untuk router adalah 192.168.0.1. Kebiasaan username & password adalah admin

Selepas log masuk, pergi ke bahagian WAN

Pergi ke bahagian Virtual Server / Port Forwarding

Pastikan Port Forwarding telah diaktifkan (enabled)

Masukkan Alamat IP server anda dan port 80. Kemudian tekan Apply

Kini anda boleh akses laman web anda menggunakan IP awam (public). Untuk dapatkan IP awam, anda boleh layari https://whatsmyip.org

Tahniah, anda telah berjaya benarkan laman web anda untuk diakses oleh pengguna awam 🙂

Leave a Reply