[ad_1]

Team Lawawonder.my sewaktu menghantar servis kejutan di IOI Mall Putrajaya

‘’Alhamdulillah, order dari pelanggan tidak putus-putus masuk, setiap minggu mesti ada penghantaran. Kami berjaya meraih pelanggan baru dan juga pelanggan yang repeat order dengan kami. Dengan memenuhi permintaan dan bajet pelanggan, kami berjaya puaskan hati mereka dengan servis yang terbaik.’’

Dalam menyediakan servis Surprise Delivery, Lawawonder.my memudahkan pelanggan yang ingin membuat kejutan hari jadi rakannya, pasangan kekasih yang menyambut Hari Kekasih, suami isteri yang meraikan ulang tahun perkahwinan, hiasan pada meja dinner dan juga hari bahagia untuk ibu bapa.

Lawawonder.my kini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dengan menawarkan pakej yang murah dan berbaloi, bermula RM20- RM75. Bagi pakej pertama (tiga kuntum bunga segar) hanya RM20, pakej kedua (enam kuntum bunga) pula RM 35, pakej ketiga (10 kuntum bunga) RM 45, pakej keempat (12 kuntum bunga) RM50  dan pakej kelima (15 kuntum bunga) adalah RM75.

Lawawonder.my turut menerima tempahan pelanggan yang menginginkan gabungan bunga segar bersama coklat, helium belon dan kek pada harga istimewa.

Kawasan yang dicover adalah sekitar UPM Serdang, UKM, UNITEN, Bangi, Kajang dan Putrajaya. Dengan hanya mengenakan caj penghantaran yang paling minimum, pelanggan disarankan terlebih dahulu menempah pakej mereka seawal tiga hari sebelum tarikh sambutan.

Lawawonder turut mempunyai akaun laman sosialnya iaitu Fb dan Ig, ‘’Lawawonder.my’’ atau hubungi krew pemasaran Lawawonder.my, 019-6764399 (Tia)

Bagi mencuri hati pelanggan, Lawawonder.my turut melancarkan Promotion Launching, Baby Birthday of the Month, Giveaway Contest dan Spread Your Love dengan memberikan jambangan bunga segar secara percuma kepada pengikut Ig yang bertuah dan juga servis penghantaran secara percuma.

‘’Kami mempunyai pembekal bunga segar dari Cameron Highlands. Ianya sangat membantu kami memperoleh bunga segar dan berkualiti tinggi. Pelanggan kami juga boleh memilih bunga yang mereka inginkan seperti ros, baby breath, chrysanthemum dan banyak lagi.’’

Untuk strategi masa akan datang, Lawawonder.my bertekad untuk meneruskan perjalanan mereka dan bukan sekadar memenuhi keperluan bagi subjek Keusahawanan dalam Komunikasi semata-mata.

‘’Kami akan meneruskan usaha ini memandangkan dalam kawasan UPM belum ada pelajar yang sediakan servis ini. Bila kita melangkah ke alam universiti, jauh dengan keluarga, maka hubungan dengan rakan menjadi sangat kuat, sambut hari lahir sama-sama. Kami, Lawawonder.my ingin menyenangkan kerja mereka dan mereka tidak perlu mendapatkan servis daripada orang luar kerana harga yang kami tawarkan mengikut bajet pelajar.’’

[ad_2]
Sumber Asal & Berita Penuh

Leave a Reply