Oleh: Siti Nur Zuraikha & Nazirul Mubin

Ramai yang tidak tahu bahawa pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia dan Singapura, Norish Karman turut lincah ketika berada di dapur. Beliau yang gemar memasak sering berkongsi gambar hasil tangan beliau di akaun sosial miliknya dan kini bergiat aktif berniaga sambal ciptaannya iaitu Sambal Chombi.

Menurutnya, Sambal chombi terhasil sewaktu beliau memegang watak Chombi dalam siri Drama Mok Cun. “Dalam drama ini, Chombi menjual sambal. Setelah pegang watak Chombi, saya sedar ramai orang sebenarnya menantikan sambal Chombi. Mereka juga anggap sambal ini sebagai realiti. Oleh sebab high demand, peminat ramai, saya pun menjadikan sambal itu sebagai realiti.”

Tambahanya, sambal Chombi ini adalah hasil air tangannya sendiri yang dibantu oleh anak-anak. Harga untuk sebotol sambal Chombi (40 gram) adalah serendah RM20. Namun, beliau aktif dalam melibatkan diri dengan ekspo dan bazar-bazar Halal food di Singapura dan Malaysia menyatakan beliau turut mengadakan Happy Hour dengan menawarkan harga RM50 untuk 3 botol Sambal Chombi kepada pelanggan kesayangannya.

“Setakat ini saya mampu handle sendiri business saya, saya juga memiliki stokis di Singapura. Pelanggan dan peminat yang ingin merasai Sambal Chombi ini boleh terus order melalui ig dan Facebook saya, Norish Karman.”

Sambal Chombi sangat luar biasa kerana ia bukan sahaja dapat digunakan dalam penyediaan makanan Melayu sahaja, malahan masakan Barat dan masakan Cina seperti pasta, mee, dan juga sup. Ujarnya, sambal Chombi akan tahan lebih lama sekiranya disimpan dalam peti sejuk.

“Saya ibu tunggal kepada lima orang anak. Saya juga chef, saya juga yang membuat sambal ini dan saya juga mengusahakan beberapa sos-sos yang lain. Saya juga seorang motivator, penyanyi dan pelakon. Mostly sekarang ini saya lebih cenderung dengan kerjaya sebagai pembaca berita, saya menguruskan masa saya dengan baik, disiplin adalah perkara paling penting. Sifat penat dan give up memang tidak ada dalam diri saya”.

Beliau turut memberi tahu meskipun sambal ini masih baru dalam pasaran dan ibarat sedang bertatih, permintaannya adalah sangat di luar jangkaan terutamanya di negeri kelahiran beliau, Singapura.

     Ketika sesi temu bual bersama Norish Karman di Sunway Putra, Kuala Lumpur

Sumber Asal & Berita Penuh

Leave a Reply