Kuala Lumpur – Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) sejak penubuhannya pada 1992 telah mewujudkan eko-sistem keusahawanan yang berdaya saing, mampan dan lestari serta membantu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Prinsip “Meneraju Usahawan, Memacu Industri” mencerminkan kesungguhan PPMC berfungsi sebagai penyelaras dan pemudahcara kepada usahawan dan pengilang bumiputera di peringkat mikro, sederhana dan kecil mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

PPMC melantik pakar dan peneraju industri menganggotai Majlis Penasihat Industri (Advisory Council) yang berperanan memberi panduan serta khidmat nasihat kepada Pengeksport Baru Bumiputera (PBB) untuk menerokai pasaran antarabangsa khususnya ke Negara China. Penasihat industri ini akan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak yang turut terlibat dalam pembangunan keusahawanan.

Penyampaian watikah perlantikan BisKaunselor oleh Kenny Tan – PPMC

Majlis penyampaian watikah perlantikan telah berlangsung di Wisma PPMC Kuala Lumpur hari ini, menyaksikan 8 orang BisKaunselor yang berperanan menghubungkan usahawan dan pengilang Bumiputera melalui pelbagai perkhidmatan dan program yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Penyampaian surat tawaran menjadi Pengeksport Baru Bumiputer kepada usahawan terpilih.

Pada majlis yang sama juga seramai 20 orang usahawan telah menerima surat tawaran menjadi Pengeksport Baru Bumiputera (PBB) ke negara China.

Oleh: Baharim | SC Creative Solutions Sdn Bhd | 017-300 7878

 

Sumber Asal & Berita Penuh

Leave a Reply