Bermujahadah di Uptown Jalan Reko demi kewajiban mencari nafkah…

Begitu besar rezeki Allah di muka bumi ini, di mana-mana sahaja Allah meletakkan rezeki-rezeki kepada mahluk-mahluk ciptaanNya.

Waktu yang bergerak menuju larut malam, kali ini penulis memilih untuk mendekati dan meninjau aktiviti perniagaan di khemah-khemah pasar Up-Town Jalan Reko, Kajang. Pelbagai barangan keperluan dan makanan ada dijual di sini, boleh dikatakan nak apa saja ada.

Up-Town Jalan Reko yang kini menjangkau usia 8 tahun, menyediakan lebih 500 tapak niaga dengan kadar sewaan bulanan di antara RM500 ke RM600. Kadar sewaan yang berpatutan ini menjadikan Up-town Reko menjadi pilihan peniaga-peniaga untuk menjalankan aktiviti jualan mereka. Beroperasi enam hari seminggu dan akan ditutup pada setiap hari Isnin. Kini Up-town Reko merupakan antara pasar malam terbesar di Malaysia.

Fandy sedang meneliti jam-jam tangan yang sudah dibaiki.

Fandy Penjual Jam

Nama sebenar Effandy Husin (33) merupakan antara peniaga di Up-Town Reko sejak tahun 2010 lagi menjadikan perniagaan jamnya sebagai kerjaya beliau. Berpengalaman berniaga sejak tahun 2007 dengan menjual bundle, beliau menukar jenis barang jualannya kepada jam tangan pada 2010 iaitu apabila mula menyewa tapak niaga di Up-Town Reko kerana kurangnya saingan perniagaan jam.

Memberi tumpuan kepada kerjaya perniagaan, Fandy berniaga enam hari seminggu di Up-Town Reko dan bercuti pada hari Isnin. Beliau sesekali akan membuka perniagaannya di “pasar karat” Petaling Street, bagi beliau masa yang terluang tidak akan di bazirkan.

Gerai jualan Fandy tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Dengan dibantu oleh seorang pembantu, Fandy menjual pelbagai jenis jam dari harga serendah RM10 hingga setinggi RM500. Selain menjual jam, Fandy juga memberi perkhidmatan membaiki jam tangan. “Saya baiki jam-jam pelanggan yang mengalami kerosakan walaupun sesetengah jam tersebut bukan dibeli dari saya, dari itu saya dapat mengekalkan dan menarik pelanggan-pelanggan baharu” ujar Fandy. Jualan purata jam tangan Fandy di antara 10 ke 20 utas dalam tempoh sehari beroperasi.

Bagi Fandy penat bukanlah penghalang untuk beliau menjana pendapatan dan berkerjaya di pasar Up-Town, “ini adalah tanggungjawab saya dalam menunaikan kewajiban mencari nafkah keluarga.” “Hasil dari jualan pasar Up-Town ini saya dapat menyara seorang isteri dan tiga orang anak, Alhamdulillah.” kata Fandy sambal tersenyum.

“Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya, itu yang menyebabkan saya berusaha bersungguh-sungguh dalam meraih pendapatan yang memuaskan.” Menurut Fandy cabaran utama dalam berniaga di Up-Town adalah ketika waktu hujan kerana kadang-kala gerainya terpaksa ditutup dan kurangnya orang mengunjungi pasar juga menjadikan jualanya “sejuk”.

Yeop Menjadikan Up-Town Reko sebagai pusat jualan kek buatan isterinya

Yeop atau nama sebenarnya Raja Mohd Saleh menjadikan tapak jualan Up-Town Reko sebagai pusat pengaruh dan jualan kek. Hasilnya bukan setakat pengunjung Up-Town Reko membeli runcit, malah ramai juga pelanggannya membuat tempahan kek untuk majlis-majlis seperti sambutan harijadi, perkahwinan dan majlis-majlis rasmi.

Yeop memberi layanan baik menyebabkan pelanggan beliau selesa dan membuat pembelian semula.

Antara kek yang mendapat sambutan ramai adalah seperti Kek Chocolate Indulgence dan Kek Tiramisu, manakala harga kek adalah bergantung kepada reka bentuk, berat dan jenis-jenis kek. Kek buatan sendiri (di rumah) oleh isteri beliau mempunyai kualiti dan rasa yang sedap menyebabkan beliau mempunyai pelanggan tetap.

Kepada mereka yang ingin membuat tempahan kek, boleh menghubungi Yeop di talian 012-6192862 / 017-3486474.

Pomade Boy membuat kelainan di Up-Town Reko

Kebiasaannya kita akan jumpa lori-lori kecil yang telah direka khas (food truck) menjual makanan dan minuman tetapi lain pula di Up-Town Reko. “Barber Truck” membuat kelainan dengan menjadikan lori 5 tan sebagai kedai gunting bergerak.

Raimi (36) berpengalamn lebih 10 tahun dalam perkhidmatan gunting rambut, bermula dari hobi kini berkerjaya.

Memberi perkhidmatan gunting rambut dan menjual pomade, “Barber Truck” menjadi satu tarikan unik di Up-Town Reko.

Lori 5 tan dijadikan kedai gunting rambut

Waktu Operasi Up-Town membolehkan Lokman Husin berniaga secari sambilan.

Lokman menunjukkan Baju-T jualanya

Lokman Husin yang berniaga secara separuh masa memilih untuk berniaga di Up-Town Reko kerana waktu operasi 9 malah hingga 2 pagi. “sebelah pagi saya berkerja, manakala waktu malam pula saya berniaga di sini. Kerana minat, saya korbankan waktu malam saya dengan usaha yang boleh mendatangkan pendapatan.”

Oleh: Baharim Sukari

 

Sumber Asal & Berita Penuh

Leave a Reply