Masalah utama setiap pengguna linux adalah cara untuk mencari fail yang mereka hendaki.

Panduan ini akan ajar secara ringkas bagaimana untuk menggunakan perintah “Find” untuk mencari fail yang dikehendaki

Cari melalui nama fail

Cara paling mudah adalah dengan mengunakan nama fail.

Untuk mencari, tulis:

find -name "query"

Ia adalah abjad sensitif. Jika ada mencari dengan kata kunci “File” adalah tidak sama dengan kata kunci “file”

Jika anda ingin mencari tanpa perlu risau abjad sensitif, anda hanya perlu tukar parameter dari -name kepada -iname:

find -iname "query"

Sumber Penuh: How To Use Find and Locate to Search for Files on a Linux VPS | DigitalOcean

%d bloggers like this: