Perkara ini sudah berlaku beberapa bulan, setiap kali sedang membuat kerja grafik 3D, tiba-tiba kipas processor berpusing laju dan mengeluarkan bunyi yang kuat. Itu tandannya processor tengah bekerja keras. Tetapi tidak tahu sebab apa tiba-tiba ia bekerja keras.

Selalu bila buat kerja yang berat, komputer boleh terpadam sebab overheat. Mula-mula sekali ingatkan kipas dah tak cukup kuat untuk buang haba panas, selepas beberapa minggu, saja guna Task Manager untuk tengok apa yang memakan processor. Selepas 15min tunggu, tiba-tiba kipas berpusing laju sedangkan tiada program pun dibuka.

Bila periksa di Task Manager, nampak satu process “svchost.exe” sedang menggunakan 30% processor power. Lepas tu ‘right click’ , pilih ‘go to service’. Akhirnya ia akan point kepada Win Defender. Subhanallah, rupa-rupanya yang tiba-tiba laptop bekerja keras adalah sebab benda alah ni. Walaupun ia hanya menggangu sementara, sudah cukup untuk menyebabkan laptop terpadam dan menggangu kerja.

Kepada gamers, ia akan menggangu FPS anda. Sudah cukup boleh memberi tekanan 🙂

Windows Defender makan 30% processor anda

Leave a Reply