Setelah berniaga secara online selama 2 tahun, kami mendapati setiap perubahan strategi dalam operasi perniagaan kami memberi impak yang berbeza terhadap hasil jualan.

Pada awalnya kami lebih memberi tumpuan kepada pemasaran dan hasilnya projek tidak putus datang untuk menempah laman web pintar. Walaubagaimanapun kami menghadapi cabaran untuk menyiapkan projek secara ‘on time’ kerana banyak projek perlu disiapkan dalam satu masa.

Kemudian kami tukar strategi untuk menahan beberapa projek baru sebelum projek lama terlebih dahulu siap. Alhamdulillah, projek dapat disiapkan secara ‘on time’. Walaubagaimanapun kami akan menghadapi masalah cash flow kerana pusingan hasil jualan adalah pelahan. Walaupun projek telah siap, pembayaran dari pihak pelanggan belum tentu secara ‘on time’.

Dari situ kami lebih memahami kenapa kebanyakkan syarikat, bahagian pemasaran akan membawa masuk sebanyak mungkin projek walaupun bahagian operasi tidak mampu untuk menyiapkan semua secara ‘on time’. Kami juga yang dulu sebelum berniaga, bertugas di bahagian operasi senantiasa mempersoalkan bahagian jualan mengapa senantiasa memberi tekanan dengan membawa masuk projek yang begitu banyak yang sudah jelas di luar kemampuan bahagian operasi untuk menyiapkan ‘on time.

Kadang-kadang sesuatu projek kita tidak dapat untung penuh untuk menangung kos operasi yang tinggi. Kita masih memerlukannya walaupun untung kurang sedikit dan ia masih membantu menyelamatkan perniagaan dari bankrap.

Leave a Reply