Beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum berniaga online.

[dt-section-title title=”3. Medium Pemasaran” subtitle=”Setelah anda mempunyai produk yang bertepatan dengan permintaan pelanggan, anda perlu pula memasarkan di dalam dunia online. Di Malaysia, medium pemasaran yang popular adalah melalui Facebook & Website.”]

Facebook

[vc_single_image image=”1141″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Seperti biasa anda perlu mempunyai akaun Facebook. Rata-rata di Malaysia semua sudah mempuyai akaun Facebook. Cuma yang masih belum ada adalah Facebook Fan Page. Bagaimana untuk membuat Facebook Fan Page, anda boleh layari “Cara Membuat Facebook Fan Page”.

Setelah anda memiliki Facebook Fan Page. Anda boleh invite semua rakan-rakan anda untuk ‘Like’ Fanpage anda. Kemudian anda gunakan akaun peribadi anda dan cuba cari mana-mana group facebook yang berhampiran dengan lokasi anda. Contohnya jika anda duduk di kawasan Gombak, anda boleh cari group yang mungkin nama sama dengan taman perumahan yang anda tinggal. Kemudian anda boleh add semua member di dalam group tersebut.

Kemudian anda boleh jemput mereka untuk ‘Like’ Fan Page anda. InsyaAllah mungkin 10% daripada rakan anda akan like.Setiap kali anda update post di akaun peribadi anda, mereka akan menerima status itu di wall mereka. Oleh itu anda boleh mulakan proses pengiklanan anda di wall anda mahupun di Facebook Fan Page anda. Kami akan bincangkan bab pengiklanan selepas ini

Website

[vc_single_image image=”1160″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Website juga merupakan medium penting kerana setiap pengguna internet mencari di Google, mereka akan dibawa ke website terlebih dahulu dan bukan Facebook. Website juga perlu disusun dengan kemas secara profesional supaya mereka yang melawat lebih yakin dengan keseriusan kita untuk berniaga. Anda boleh hubungi kami untuk memiliki website yang profesional dengan harga yang berpatutan.

Setelah anda memiliki website, pekara pertama yang anda perlu tahu adalah untuk menulis artikel. Cara untuk memasarkan di website berbeza dengan cara untuk memasarkan di Facebook. Pihak Google ada gariskan panduan-panduan untuk website kita dimasukkan ke dalam senarai google.com. Anda boleh layari di Search Engine Optimization (SEO) Starter Guide – Google

Jika anda baca, barangkali untuk memahami semua yang tertulis adalah mustahil dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun Google telah memberi maklumat secara percuma, tiada bayaran pun. Kebolehan menulis artikel akan meningkat dari masa ke semasa.Cuma apa yang perlu anda tahu adalah, anda perlu menulis artikel yang mempunyai tajuk yang menarik dan ada kena mengena dengan permintaan yang di cari seperti diterangkan di awal penulisan ini.

Anda juga perlu lampirkan gambar produk di dalam artikel tersebut. Anda boleh ketahui lebih lanjut di Tips Memilihan Gambar Untuk Pengiklanan Produk. Isi penulisan anda, perlu mengandungi segala penerangan mengenai produk anda. Elakkan guna bahasa teknikal yang mengelirukan pelawat yang datang

Cara Tradisional

[vc_single_image image=”1355″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Cara tradisional masih juga perlu dipakai iaitu dengan berjumpa dengan prospek, menggunakan flyer, banner dan lain-lain. Cuma ada tambahan sikit pada cara tradisional iaitu kita sertakan alamat website kita supaya prospek boleh mendapatkan lebih maklumat serta meningkatkan keyakinan kita bahawa perniagaan kita teguh.

Tahun 2013 dan kehadapan, pelanggan lebih yakin kepada perniagaan yang mempunyai laman web sendiri dan email sendiri.

[dt-section-title title=”4. Pengiklanan”]

Facebook Ads

[vc_single_image image=”1486″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Dengan menggunakan Facebook Ads, anda boleh menetapkan berapa luas dan jarak antara lokasi perniagaan anda dengan pengguna facebook yang melihat iklan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Facebook Ads boleh klik Facebook Ads.

Kami tidak menulis secara terperinci mengenai Facebook Ads memandangkan sistem itu sentiasa mengalami perubahan untuk penambahbaikan sistem pengiklanan mereka. Panduan terperinci sudah terdapat pada link yang disediakan. Jika anda berminat untuk kami tuliskan. Sila tinggalkan komen di bawah

Google Ads

[vc_single_image image=”1488″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Seperti mana yang kami sebutkan pada bahagian 1 – Ketahui Permintaan, Google Keyword Tool sendiri adalah sistem untuk membeli Google Ads itu sendiri. Anda pilih keyword yang anda ingin iklankan Website Anda dan anda Add To Plan.

Pastikan page website anda sudah mantap. Jika pelawat ramai datang ke website anda tetapi website anda tidak menjelaskan dengan jelas, barangkali hanya seperti “melepaskan batuk di tepi tangga”.

Cara ini melibatkan kos berbanding dengan cara sekadar menulis artikel.

Kerjasama

[vc_single_image image=”1442″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Anda boleh sahaja berkerjasama dengan perniaga online lain untuk bertukar iklan dengan mereka. Anda boleh letakkan iklan mereka di website anda dan mereka meletakkan iklan anda di website mereka. Berkerjasama lebih mudah berbanding bergerak seorang diri.

Anda perlu ingat bahawa rakan anda yang berniaga juga sentiasa melakukan pemasaran untuk mencapai sasaran jualan mereka. Oleh itu anda boleh gunakan peluang ini untuk tumpang iklan perniagaan anda sekaki, tetapi dengan syarat, anda berikan mereka komisen yang setimpal. Anda akan terkejut dengan hasilnya nanti :) .

Email

[vc_single_image image=”947″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Biasakan diri menghantar email kepada senarai kenalan anda. Di dalam email tersebut ceritakan sedikit apa yang anda tawarkan kepada mereka dan kebaikkan jika mereka menerima tawaran tersebut. Jangan lupa untuk letakkan butang ‘share’. InsyaAllah mereka akan share kepada kenalan mereka. Anda boleh hantar kepada mereka mungkin 2 kali dalam sebulan. Ceritakan sedikit mengenai servis anda. InsyaAllah ada rezeki dalam ramai-ramai kenalan.

Anda boleh gunakan servis dari http://mailchimp.com. Percuma untuk hantar email kepada 2000 alamat email sahaja. Lebih daripada itu akan dikenakan caj.

Sistem Affliate

[vc_single_image image=”1354″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Anda boleh gunakan sistem affiliate untuk memperluaskan pemasaran anda. Kami ada menyediakan sistem affiliate bagi perniagaaan online jenis e-Commerce. Rakan affiliate anda akan mempunyai website yang sama seperti anda. Jika jualan berlaku pada website mereka, anda secara automatik akan menerima tempahan di website anda beserta remark ‘Jualan berlaku di website affiliate anda’. Anda boleh terus memproses tempahan mereka dan berikan komisen kepada rakan affiliate anda.

Dengan sistem itu, jika anda mengemaskini website anda, semua rakan affiliate anda juga terkesan. Website anda bergerak selari dengan rakan affiliate anda. Jika anda kehabisan stok, website affiliate juga akan kehabisan stok. Anda tidak perlu menghantar mesej atau memaklumkan apa-apa kepada rakan affiliate anda mengenai kehabisan stok.

[dt-section-title title=”5. Customer Service”]

[vc_single_image image=”413″ border_color=”grey” img_link_target=”_self” img_size=”medium”]

Untuk memastikan pelanggan anda tidak lari, anda perlu memastikan ‘Customer Service’ anda adalah dalam keadaan baik. Kebanyakkan perniagaan, pelanggan yang membeli adalah pelanggan yang berulang. Untuk mendapatkan pelanggan yang baru, lebih sukar daripada menjual kepada pelanggan yang sedia ada.

Pastikan anda sentiasa bermesej atau berbual dengan pelanggan anda dengan tone yang menghormati mereka. Setiap pelanggan ingin dihormati. Walaupun anda di pihak yang benar, jangan sesekali menengking pelanggan atau membalas dengan tone yang kasar. Dunia dipenuhi dengan berbagai perangan manusia. Ada sesetengah itu memang sifat mereka kasar. Kita perlu banyak bersabar menghadapi mereka. Dimarahi pelanggan adalah perkara biasa. Kita manusia pasti akan melakukan kesilapan yang mungkin menyusahkan pelanggan kita.

Anda perlu pastikan pelanggan yang sedia ada gembira dengan perkhidmatan anda. Mereka juga merupakan agen pemasaran anda. Jika mereka senang dengan perkhidmatan anda, mereka akan memaklumkan kepada rakan mereka secara percuma. Jika tidak, mereka tidak akan bercerita pasal anda kepada rakan mereka.

Kami harap dengan sedikit penulisan ini dapat membantu anda dalam memulakan perniagaan online :)

Leave a Reply