Perkara yang paling penting dalam pemasaran adalah mencipta permintaan. Tanpa permintaan, tiada kuasa membeli. Oleh itu, salah satu cara untuk melariskan produk kita adalah mencipta permintaan. Buat pelanggan terasa mereka memerlukan produk kita.

Kami tunjukkan beberapa contoh cara produk mencipta permintaan

Dadah & Vitamins

Vitamins-and-Minerals

  1. Lemah Badan. Betul ke?
  2. Tidak cukup nutrisi?
  3. Membuat anak pandai….

Teknik yang digunakan

  1. Senantiasa mencari penyakit baru dan meyakinkan produk mereka boleh mengubati penyakit mereka.
  2. Menjelaskan penyakit secara terperinci sehinggakan semua merasakan mereka menghidapi penyakit itu
  3. Membuat pengiklanan bagaimana ubat itu menyelesaikan masalah dan menyembunyikan kesan sampingan
  4. Mempamerkan anak mendapat result terbaik sebab menggunakan produk mereka

Kenapa ia berkesan?

  1. Dadah & Vitamin lebih mudah berbanding diet semulajadi atau bersenam
  2. Membuat kita rasa boleh mengawal kesihatan
  3. Kelulusan dan pengesahan dari Kementerian Kesihatan & Doktor membuat kita tidak menyoal panjang
  4. Semua nak anak pandai dan result bagus

Air Mineral

water-bottle-537x402

 

  1. Zaman dulu rasanya semua minum air dari rumah, dan masih sihat.
  2. Air yang digunakan lebih baik sikit daripada air di rumah.

Teknik yang digunakan:

  1. Mengunakkan fakta yang menakutkan – Senantiasa hidrat atau anda mati atau sakit kronik.
  2. Nilai Ph lebih neutral dari air paip
  3. Air bukit lebih baik dari air rumah atau air yang dimasak

Kenapa ia berkesan

  1. Mudah didapati
  2. Tiada lagi tangki air untuk awam
  3. Mampu dibeli

Leave a Reply