Berdasarkan pengalaman kami berniaga hampir 3 tahun, kami dapati pelanggan kurang perhatikan

  1. Apa jenis kereta anda pakai. Anda pakai kereta buruk pun mereka tidak kisah
  2. Latar belakang pendidikan anda
  3. Anda mempunyai pejabat atau tidak
  4. Kefasihan anda berkata-kata
  5. Syarikat anda besar atau kecil
  6. Sejarah syarikat anda

Apa yang kami dapati, pelanggan lihat

  1. Produk/servis anda dapat membantu menyelesaikan masalah mereka
  2. Produk anda mudah digunakan
  3. Harga sesuai dengan bajet yang ada
  4. Mudah berurusan dengan anda selepas membeli
  5. Boleh diganti jika rosak dalam tempoh jaminan
  6. Produk/servis anda memenuhi keperluan mereka
  7. Produk/servis anda tidak menjatuhkan imej mereka
  8. Portfolio projek anda yang lepas.
  9. Lokasi syarikat anda dekat dengan mereka.
  10. Kualiti kerja anda
  11. Mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka

Kesimpulanya, status, imej & kebesaran syarikat anda bukanlah faktor utama dalam menjayakan urusan perniagaan. Faktor besar yang banyak menyumbang adalah kebolehan anda mencapai matlamat yang diingini oleh pelanggan.

Tajuk: Apa yang pelanggan lihat dalam sesebuah perniagaan

Leave a Reply