Kita senaraikan dulu faktor utama yang membuatkan website nampak lejen.

  1. Susun atur gambar dan tulisan
  2. Kualiti gambar yang digunakan
  3. Kombinasi warna

Di atas adalah 3 faktor yang besar mempengaruhi persembahan laman web. Nak faham macam mana design pro design memang ambil masa dan latihan yang lama. Walaubagaimanapun untuk kita yang sebagai budak baru boleh tiru jer macam mana pro dah buat. Bagaimana nak tiru? Mudah sahaja

Mula-mula kita tengok di http://themeforest.net contoh-contoh template yang lejen. Kita tengok bagaimana developer sana bermain dengan gambar, penulisan, susun atur dan warna. Pilih mana-mana yang berkenan. Agak-agak dah jumpa yang mana berkenan, boleh cari template tersebut di http://wplocker.com

WPLocker ni adalah tempat template premium yang telah dicetak rompak dan boleh dimuat turun oleh kita yang kekurangan bajet nak beli template premium. Cari sahaja nama yang sama di sana. Kemungkinan besar template yang sama akan keluar. Kebiasaan pengguna WordPress yang baru agak sukar untuk mengeluarkan duit sebanyak $60 untuk membeli template.

Walaubagaimanapun ada sedikit risiko yang template yang dicetak rompak mungkin mempunyai virus jahat di dalamnya. Ia tidak akan memberi kesan kepada PC yang kita gunakan, cuma ia memberi kesan kepada website yang menggunakannya. Bukan semua yang ada di sana dijangkiti virus, cuma peratusan yang teramat kecil ada. Biasanya ada pada template yang kurang popular.

Langkah seterusnya install template tersebut ke dalam website dan install demo content yang diberi sekali di dalam template. Selepas install template dan demo content, anda boleh lihat pada bahagian admin bagaimana mereka susun atur page yang dibuat di dalam demo.

Kita ikut sahaja bagaimana template itu disusan dan tukar sedikit pada warna, penulisan, susun atur dan gambar. Dengan ikut sahaja anda telah berjaya design seperti mana lejen design

Leave a Reply