Memang biasa sangat kita terserempak dengan peniaga yang tidak meletakkan harga ketika menjual. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak meletakkan harga ketika buat pemasaran di media sosial

1. PRODUK BARU MASUK PASARAN

Produk yang baru sahaja masuk pasaran kebiasaan pembeli tidak tahu dengan terperinci mengenai kelebihan dan ciri-ciri yang ada pada produk tersebut. Oleh itu penjelasan yang lebih terperinci perlu diberikan oleh penjual

2. PRODUK YANG RUMIT ATAU TERLAMPAU TEKNIKAL UNTUK DIFAHAMI

Salah satu contoh produk yang rumit adalah “laman web” dimana kos akan bertambah jika laman web yang ditempah memerlukan ciri-ciri tambahan yang rumit supaya tiada rasa ditipu dengan harga yang bakal dicaj. Kebiasaan pembeli tidak akan membeli jika tidak faham tentang produk tersebut.

3. KESAN “BRANDING” PADA KOMEN “PM” DI FACEBOOK

Apabila pengguna facebook meningalkan komen “pm”. Ia akan memberi visual bahawa produk kita mempunyai ramai peminat serta post kita akan sentiasa pada bahagian atas. Bayangkan ada 1000 orang komen “pm”. Mesti yang melihat komen tersebut bertambah yakin untuk membeli produk kita. Minda tidak sedar akan mengatakan bahawa jika 1000 orang berminat dengan produk itu, bererti jenama produk itu bagus dan berkualiti.

4. LEBIH MUDAH UNTUK PROSPEK BERTUKAR MENJADI PEMBELI

Berdasarkan pengalaman saya, peratusan untuk prospek bertukar menjadi pembeli amatlah tinggi sehingga 90% jika kita dapat bermesej atau berjumpa. Mungkin sifat manusia dia lebih selesa jika ada yang melayan pertayaan dan memberi penerangan kepada mereka. Ia lebih baik jika prospek bertanya dengan kita supaya kita dapat membalas dengan info yang lebih tepat sebelum parti lain mengubah fikiran mereka. Secara tak langsung ia memberi perasaan “perniagaan kita hidup” di mata prospek.

5. MUDAH TAWAR MENAWAR

Sebahagian daripada pelanggan kita mungkin perlukan sedikit diskaun sebelum buat keputusan untuk membeli. Ada masa kita boleh adjust harga mengikut bajet pelanggan kita. Walaupun margin keuntungan kurang sedikit berbanding biasa, ia masih dikira untung dan yang paling utama, kita dapat pelanggan baru.

 

Leave a Reply