Kenapa kita perlu sibukkan diri kita untuk mendirikan VPN? Apa kelebihan VPN yang setiap syarikat gergasi menggunakannya?

Faktor utama VPN digunakan andalah untuk memudahkan pengurusan berkongsi file di antara PC di luar pejabat dengan yang berada di pejabat/rumah. Dengan VPN anda tidak perlu risau jika anda tertinggal dokumen penting didalam komputer pejabat kerana anda boleh mengakses file anda terus dari pejabat dari luar. Anda siap boleh print dari luar tidak perlu berada di pejabat. Paling menarik anda tidak perlu simpan file dalam PC anda. Dapat jimat space yang banyak

Apa beza dengan cloud seperti Google Drive, DropBox?

Cloud berbeza sebab cloud akan buat salinan di dalam PC dan lagi satu pada SERVER. Oleh itu ia akan makan ruang hard disk di dalam PC kita dimana kita nak cuba elakkan kerana ia juga boleh melambatkan PC kita. Tidak perlu cerita panjang lagi, jom kita ke bahagian pelaksanaan.

CARA-CARA MENDIRIKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) DI RUMAH ANDA

Peralatan yand anda perlukan

  1. Dapatkan “Public IP” anda dengan melayari http://whatsmyip.org
  2. Router yang mempunyai fungsi VPN (Dalam artikel ini kita menggunakan model ASUS RT-N14UHP. Harga lebih kurang +-RM320)
  3. Laptop/Dekstop/Phone
  4. Akses panel admin dalam router anda
  5. Sedikit kemahiran Networking

LANGKAH 1: BUKA VPN DI DALAM ROUTER ANDA

Mula-mula sekali log masuk ke dalam panel admin router anda menggunakan Chrome/Internet Explorer/Safari. Biasanya IP router anda adalah 192.168.1.1 atau 192.168.0.1.


Jika anda tidak tahu password admin anda, anda boleh cari di Google dengan menaip “<Nama Router> default password”.


LANGKAH 2: PERGI KE BAHAGIAN VPN DI RUANG ADVANCED SETTINGS

Kebiasaan menu VPN ada pada bahagian “Advanced Settings”. Klik dan enable VPN. Contoh ada pada gambar 3


LANGKAH 3: CIPTA USERNAME DAN PASSWORD BARU UNTUK AKAUN VPN

Buat akaun untuk kita gunakan ketika log masuk ke dalam VPN akan datang.

110116_1529_MendirikanV6


LANGKAH 4: PERGI KE BAHAGIAN NETWORK SETTINGS

Pergi di bahagian “Taskbar” dan klik pada ikon WIFI dan tekan “Network Settings”


LANGKAH 5: KLIK PADA VPN


LANGKAH 6: TEKAN ADD A VPN CONNECTION


LANGKAH 7: MASUKKAN SEMUA BUTIRAN

Masukkan butiran ke dalam ruang yang telah disediakan. Contohnya:

  • VPN Provider: Windows (built-in)
  • Connetion Name: VPN
  • Server name or address: <Public IP anda atau Dynamic DNS>
  • VPN Type: Automatic
  • Type of sign-in and password: User name and password
  • User name: <username yang anda buat pada langkah 3>
  • Password: <password untuk username yang anda buat pada langkah 3>

LANGKAH 8: TEKAN CONNECT DAN TUNGGU SEHINGGA CONNECTED

Tekan connect dan tunggu sehingga connected. Untuk pertama kali connect ke VPN memang agak lama sedikit. Kali kedua dan seterusnya amat cepat

Anda telah berjaya untuk connect ker VPN. Kini anda boleh mengakses segala yang ada di dalam rangkaian VPN tersebut.

Leave a Reply