Oleh : Dangerouslee Mathew

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.Pepatah ini sememangnya sesuai kepada seorang usahawan iaitu Shiella Tukimin, 45, yang telah ditinggalkan oleh suaminya setelah sekian lama tidak dapat dipisahkan dengan cinta dan ghairahnya terhadap dunia perniagaan.

Beliau adalah seorang yang tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperolehi kejayaan yang beliau impikan selama ini.

Apa yang sentiasa tertanam di dalam jiwa seorang ibu tunggal ini yang berasal dari Air Hitam, Johor  sejak sekian lama ialah hendak berniaga kerana terlalu minat dengan bidang tersebut.

Bilakah usaha Puan Shiella membuat perkhidmatan sewa bas ini?

Pada mulanya pada tahun 2008, saya juga turut selaku sebagai ketua Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal (WITUS) ini mula berjinak-jinak  dalam dunia perniagaan dengan menjual beli kereta terpakai.

Alhamdulilah pada tahun 2010 perniagaan kami sudah pun  stabil kemudian seterusnya saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan pengangkutan iaitu sewa  bas dan kami juga mempunyai lori sewa.Setelah empat tahun saya  rasa boleh menampung perniagaan sewa bas saya mula menjalankan pernigaan selepas tu saya membeli sebuah bas pada tahun 2014.

Tambahan pula, pada tahun 2014 saya telah membeli sebuah bas yang diusahakan oleh persatuan wanita dan ibu tunggal Nur Iman Kuala Lumpur dan Selangor. Singkatan nama  persatuan kami adalah persatuan ‘WITUS’ yang diusahakan bersama oleh ahli-ahli persatuan dan lebih kepada kebajikan bersama ibu-ibu tunggal dan wanita hasnah dalam ahli-ahli kami.

Selain sewa beli bas,saya juga turut menjual air kelapa muda dan menyedia PA sistem untuk tempahan orang ramai dalam satu perasmian ataupun satu majlis.

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi?
          Antara cabaran-cabaran dalam perusahan perniagaan biasalah naik turun dalam perniagaan tu. Adat dalam perniagaan.. dan alhamdulilah kami dapat mengharungi jatuh bangun perniagaan walaupun pahit getir tetapi usaha dan semangat sebagai seorang wanita berdikari itu yang paling penting.

Perkhidmatan sewa bas ini, adakah harganya lebih murah berbanding tempat lain?

Ye..alhamdulilah.. berkenaan harga memang kita untuk misi kami iaitu ‘Biar untung sikit asal jangan rugi’ jadi penyewaan ini harga boleh bincang dan biasanya kebanyakannya harga memang lebih murah daripada pengusaha-pengusaha lain.

Sebab kebanyakan yang menyewa ataupun yang sekolah dan anak-anak yatim jadi kita pun bagi sewa bas sambil beramal.

Apakah motivasi Puan Shiella dalam dunia perniagaan?

Motivasi saya adalah  untuk melahirkan usahawan-usahawan bumiputera di dalam kalangan wanita dan juga ibu-ibu tunggal yang selama ini banyak terbiar dan dia rasa dipinggirkan. Saya sebagai presiden ingin membuat supaya ibu-ibu dan wanita ini berdikari dan menjana pendapatan hingga berjaya ke peringkat antarabangsa.

Apakah pesan Puan Shiella diluar sana?

Ahli WITUS sekarang lebih daripada 800 ibu-ibu tunggal dan juga wanita hasnah yang tergolong daripada wanita dan ibu tunggal yang berusia 18 tahun keatas dan harapan saya semoga setiap ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami mempunyai kekuatan dan keazaman demi untuk menyara anak-anak yang semakin membesar.

Sumber Asal & Berita Penuh

Leave a Reply